fbpx
SUDAH empat tahun seorang isteri yang bekerja di Lahad Datu, Sabah (kiri) mengeluarkan wang sendiri lebih RM1,000 sebulan untuk membeli tiket kapal terbang mahu berjumpa suami serta dua anaknya di Alor Setar.

Suami di Alor Setar, isteri di Lahad Datu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pegawai farmasi membuat pengorbanan besar apabila sanggup mengeluarkan wang sendiri lebih RM1,000 sebulan untuk membeli tiket kapal terbang semata-mata mahu berjumpa suaminya serta dua anaknya.

Pensyarah sebuah kolej swasta, Mohd. Khairul Nizar Maula Muhamad Akhir, 32, berkata, isterinya, Aida Athirah Rajaluddin, 34, kini bertugas di Hospital Lahad Datu, Sabah, manakala dia dan anak-anak tinggal di Alor Setar.

Katanya, sudah lebih empat tahun isterinya itu terpaksa berulang-alik setiap bulan untuk bertemunya serta anak-anak.

“Memang sukar perhubungan jarak jauh (PJJ) ini, tetapi demi memastikan ekonomi keluarga dalam keadaan baik, saya dan isteri sanggup tinggal berjauhan.

“Aida Athirah terpaksa berpindah di Hospital Lahad Datu, Sabah kerana pusat kesihatan itu amat memerlukan tenaga kerja,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurutnya, mereka baru sahaja mendapat cahaya mata, Amani Kayla Mohd. Khairul Nizar yang berusia sebulan.

“Jadi, kami berdua perlu lebih kuat untuk pastikan dia dan anak sulung, Ashraf Karl Mohd. Khairul Nizar, 2 mendapat kasih sayang sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, Aida Athirah semasa mengandungkan anak pertama pernah jatuh sakit sehingga dimasukkan ke dalam wad selama beberapa hari di
Hospital Lahad Datu, namun dia tidak dapat menjenguk isterinya disebabkan komitmen kerja, selain terpaksa menjaga ayahnya yang uzur.

Katanya, mereka berdua saling memberi sokongan kepada diri masing-masing untuk memastikan ikatan perkahwinan yang dibina mereka sejak tempat tahun lalu terus terjalin.

“Kami akan membuat panggilan video dari malam sehingga awal pagi selepas waktu kerja untuk memastikan Ashraf Karl dapat menatap wajah ibunya, selain Aida Athirah boleh melihat perkembangan anak.

“Kalau dapat cuti panjang, kami akan bawa anak jalan-jalan. Kami mahu anak mempunyai memori indah bersama kami.

“Wang boleh dicari. Tapi, masa bersama ahli keluarga tidak dapat dikembalikan sekiranya kita sia-siakan waktu yang ada,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN