fbpx
REXY Mainaky menggesa pemain-pemain negara supaya memperbaiki kekurangan masing-masing kerana mereka bakal menggalas misi pada Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun yang membuka tirai pada September depan.

Jangan ulang kesilapan sama -Rexy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANYAK pengajaran berguna diraih skuad badminton lelaki negara sepanjang saingan Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark yang menyaksikan Malaysia sekadar menamatkan kejohanan di pusingan suku akhir.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky menggesa pemain-pemain negara supaya memperbaiki kekurangan masing-masing kerana mereka bakal menggalas misi pada Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun yang membuka tirai pada September depan.

Memandangkan temasya sukan empat tahun sekali itu mempertandingkan acara berpasukan dan individu, Rexy berharap semua pemain sedar dan tidak mengulangi kesilapan sama seperti di Piala Thomas.

“Perkara utama adalah kita semua tahu bahawa Piala Thomas adalah acara berpasukan. Kita bukan sahaja perlu berjaga-jaga dengan pasukan lawan, malah kena memastikan bahawa fokus sentiasa kukuh.

“Selepas ini kita ada dua tahun sebelum Piala Thomas seterusnya tetapi kita juga akan menghadapi Sukan Asia nanti. Di sana ada acara berpasukan dan individu, jadi kita perlu sedar dan bermain lebih baik,” katanya kepada BAMTV.

Terdahulu, Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada saingan Piala Thomas apabila terpaksa akur dengan kekalahan 0-3 kepada juara bertahan yang juga pemenang 11 kali, China di pusingan suku akhir.

Kekalahan itu menyebabkan pasukan negara tidak dapat merealisasikan sasaran menjadi juara, sekali gus gagal menamatkan kemarau kejuaraan selama 34 tahun selepas kali terakhir memenangi Piala Thomas pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Kebangsaan, Kenneth Jonassen menyifatkan pemain-pemain perseorangan negara belum berada dalam kategori berkelas dunia dan masih banyak kerja perlu dilakukan.

“Saya boleh katakan bahawa kita masih jauh dengan kategori kelas dunia dan itulah yang perlu diterima setiap pemain. Mereka juga perlu tahu bukan mudah untuk berada di tahap tertinggi dalam perseorangan lelaki,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN