Dahulu, kita rakyat Malaysia lebih sering bergantung kepada pemain perseorangan utama untuk konsisten menyumbang mata dalam kejohanan badminton berpasukan, namun akhirnya berputih mata kerana di hujung kita tewas jua berikutan tiada pemain terakhir yang cukup bagus. Masih segar dalam ingatan pada final Piala Thomas 2014 di New Delhi. Kita awalnya bersuka ria apabila pemain perseorangan kita juga No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menyumbangkan mata pertama, namun akhirnya kempunan menjulang piala idaman setelah tewas kepada Jepun 2-3 kerana ketiadaan perseorangan…














