Saudara Pengarang, Sebagai rakyat Malaysia yang membesar dengan kisah gemilang sukan negara, saya tidak dapat menyembunyikan rasa rindu terhadap detik bersejarah tahun 1992 apabila pasukan badminton negara muncul juara Piala Thomas. Ia bukan sekadar kemenangan, tetapi satu momen yang menyatukan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang. Sorakan, tangisan kegembiraan dan semangat patriotik ketika itu masih segar dalam ingatan ramai. Semua juga masih ingat pada nama ini – Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Kwan Yoke Meng, Cheah Soon Kit,……














