fbpx
Jalaluddin ditemui pemberita di Konvensyen 80 Tahun UMNO di WTC Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

UMNO N. Sembilan sedia jadi pembangkang, tarik sokongan MB kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – UMNO Negeri Sembilan tidak menolak kemungkinan berperanan sebagai pembangkang di peringkat negeri susulan keputusan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pendirian melibatkan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu adalah muktamad dan dibuat secara kolektif.

Menurutnya, langkah tersebut diambil selepas hilangnya keyakinan terhadap kepimpinan Aminuddin dalam mengurus pentadbiran negeri, khususnya dalam menangani isu berkaitan institusi adat.
“Apabila sokongan telah ditarik namun kepimpinan masih diteruskan, ia menunjukkan bahawa kepercayaan telah hilang.

“Buat masa ini, UMNO bersedia menunggu keputusan selanjutnya, termasuk kemungkinan berperanan sebagai pembangkang sehingga pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di sini hari ini.

Jelasnya, keputusan berkenaan bukan didorong kepentingan politik sempit, sebaliknya dibuat atas tanggungjawab memastikan pentadbiran negeri dan pengurusan institusi adat berjalan dengan baik.

“Isu ini bukan soal individu semata-mata, tetapi melibatkan kegagalan menangani krisis yang berkaitan dengan institusi adat di Negeri Sembilan.

“Apabila ia dibincangkan secara terbuka, pelbagai persepsi timbul dalam masyarakat termasuk dalam kalangan anak muda dan pelajar,” katanya.

Tambah beliau, keadaan itu berpotensi menjejaskan reputasi institusi adat serta kestabilan politik negeri sekiranya tidak ditangani dengan berhemah.

Sehubungan itu, katanya, tindakan menarik sokongan merupakan langkah perlu bagi menjaga kepentingan institusi serta memastikan kestabilan negeri terus terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN