fbpx
Keadaan sebahagian premis dan bangunan sekolah yang terjejas akibat ribut di Kepala Batas, sebentar tadi.

Kepala Batas dilanda ribut, lebih 20 kediaman rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Sebahagian bumbung premis perniagaan diterbangkan angin manakala lebih 20 kediaman di Kepala Batas di sini dikatakan rosak akibat dibadai ribut, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, berlaku juga insiden pokok tumbang dan menghempap kediaman di Jalan Masjid.

Bencana yang berlaku turut mengakibatkan bumbung sebuah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Kadir rosak diterbangkan angin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 7.14 malam tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas, Bertam dan Kuala Muda.

“Kejadian ribut berlaku di kawasan Kepala Batas dan terdapat bumbung bangunan yang tertanggal serta pokok tumbang.

“Pasukan bomba telah dikejar ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja pembersihan dan rondaan,” katanya kepada Kosmo! di sini, malam tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN