fbpx
PEDRO dan Palmer bakal menjadi sandaran jentera serangan Chelsea untuk merobek gawang Leeds malam ini. - AFP

Piala FA: Chelsea nekad mara ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali interim Chelsea, Calum McFarlane menyeru barisan pemain tidak lagi menoleh ke belakang sebaliknya fokus penuh untuk memburu kemenangan ke atas Leeds United pada aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley, malam ini.

Sebagai rekod, McFarlane telah kembali menggalas tugas sebagai pengendali interim buat kali kedua musim ini selepas Liam Rosenior dipecat pada Khamis lepas.

Menurut McFarlane, motivasi pasukan ketika ini berada pada tahap terbaik dan menegaskan fokus utama barisan pemain hanyalah untuk memastikan pasukan dapat melangkah ke pentas final.

“Kami tidak lakukan sebarang perbincangan khusus mengenai pemergian Rosenior. Apa yang penting, semua pemain fokus untuk perlawanan separuh akhir menentang Leeds United.

“Kita hanya membuang masa jika memikirkan apa yang sudah berlaku dan saya harap pasukan sudah bersedia untuk berikan sepenuh tenaga nanti.

“Saya hormati Rosenior. Secara peribadi, hubungan kami sangat baik dan saya sedih jodoh dia bersama kelab ini tidak kekal lama,” katanya.

Dalam masa sama, beliau memberi bayangan dua tonggak utama, Cole Palmer dan Joao Pedro berpeluang kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan ringan.

Namun, skuad The Blues menerima tamparan hebat apabila pemain muda Brazil, Estevao mengalami kecederaan serius dan terlepas baki saingan musim ini.

“Kedua-duanya sudah menjalani latihan dan berada dalam keadaan baik. Namun, kami masih perlu menilai tahap kecergasan mereka sebelum membuat keputusan akhir.

“Mengenai Estevao, dia tidak akan lagi beraksi dengan pasukan selepas mengalami kecederaan ketika bertemu Manchester United, minggu lalu,” katanya.

Chelsea yang kini bergelut apabila melakar kekalahan kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut memburu trofi Piala FA pertama sejak edisi 2018. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN