fbpx
Anthony ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun JPJ Ke-80 & Karnival Mega JPJ Madani 2026 di Batu Kawan, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/ KOSMO!

MOT pertimbang cadangan kurang cukai jalan kenderaan diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mempertimbangkan cadangan untuk mengurangkan kadar cukai jalan bagi kenderaan diesel seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menterinya, Anthony Loke berkata, cadangan itu telahpun diusulkan kepada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk mencari mekanisme bagi membantu pemilik kenderaan diesel.

“Sebab sekarang ini (pemilik) kenderaan diesel menghadapi harga diesel yang tinggi. Jadi, memang dasar kita ini, harga diesel itu terapung kecuali mereka yang dapat subsidi.

“Kerana kalau kita tak meletakkan harga pasaran kepada harga diesel ini, ini akan menyebabkan lagi banyak penyeludupan. Itu antara masalah kita.

“Jadi, untuk membantu pemilik-pemilik kenderaan diesel ini, yang pertama sekarang kita ada bantuan tunai BUDI Diesel individu sehingga RM400 sebulan. Untuk pemilik-pemilik kenderaan lain seperti bas, lori dan sebagainya, mereka ada tetap dapat ‘fleet card’,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan meneliti cara untuk membantu mengurangkan cukai jalan pemilik kenderaan yang tidak mendapat bantuan ataupun subsidi diesel.

“Bagaimanapun, kita perlukan sedikit masa untuk lihat apakah implikasinya, berapa peratusan daripada cukai itu boleh diturunkan dan berapa hasil yang perlu kita kurangkan ataupun korbankan. Jadi, semua ini akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN