fbpx
Sidang DUN Kelantan yang berlangsung di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu bermula semalam hingga esok.

Kakitangan kerajaan negeri Kelantan bebas rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya yang diheret oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke mahkamah untuk didakwa atas pertuduhan rasuah.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, setiap kali SPRM menjalankan siasatan, ia bukan satu kesalahan yang membawa kepada hukuman, sebaliknya proses biasa sejurus menerima laporan.

Katanya, perkara tersebut perlu difahami agar tidak berlaku salah faham atau timbul sebarang persepsi negatif, sedangkan kesemua laporan telah mengikuti proses perundangan yang sewajarnya.

“Sekiranya ada laporan, sudah tentu akan ada siasatan daripada SPRM. Apabila siasatan dijalankan, ia bukan bermaksud satu kesalahan. Itu mesti difahami.

“Apabila ada siasatan, ia tidak bererti membawa kepada pendakwaan kerana tidak terbukti berlaku kesalahan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim (BN-Galas) berkait pecahan dapatan SPRM mengikut perolehan dan projek selain penglibatan kakitangan kerajaan negeri dalam kes-kes yang disiasat oleh agensi tersebut ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Fadzli menjelaskan, terdapat syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang mempunyai enakmen tersendiri yang menentukan pihak yang sepatutnya dilantik ke jawatan-jawatan penting.

“Kita tidak boleh melantik sembarangan. Ia biasanya dibarisi Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar seterusnya ahli Exco berkaitan. Lantikan juga melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Pegawai Undang-Undang Negeri Kelantan.

“Ketua-ketua jabatan terlibat dan kebiasaannya dalam kalangan ahli profesional dan ahli politik turut dilantik. Memang ada ketetapan begitu dan bukan dibuat secara sembarangan,” katanya.

Katanya, setiap lantikan dalam kalangan profesional ditapis melalui kurikulum vitae, kemahiran dan pengalaman masing-masing, seterusnya dinilai melalui prestasi kerja dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN