fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri sehingga 7 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di tujuh negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, negeri-negeri terlibat ialah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar).

“Seterusnya, Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron).

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka di Sarawak: Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang serta Sabah: Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” menurut MetMalaysia hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN