fbpx
MOHD. FUAD

Sidang DUN Khas pada 22 Jun ini batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd. Puad Zarkashi mengesahkan Sidang DUN Khas yang dijadual diadakan pada 22 Jun ini terbatal.

Menurut Mohd. Puad, perkara itu terbatal susulan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan pembubaran DUN, semalam.

“Batal,” katanya ringkas.

Pada 29 Mei lalu, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor memaklumkan mereka telah menerima notis memanggil Sidang DUN pada 22 Jun.

Antara yang mengesahkan perkara itu termasuklah penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal, penyandang DUN Johor Jaya, Liow Cai Tung dan juga penyandang DUN Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN