fbpx
DADAN Hindayana(tengah) diiringi pegawa-pegawai Pejabat Peguam Negara di Jakarta semalam. – AFP

Indonesia tangkap, pecat ketua skim makanan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pihak berkuasa menahan bekas ketua program makanan sekolah percuma Indonesia semalam selepas inisiatif itu dicemari insiden keracunan makanan besar-besaran dan dakwaan rasuah, sehari selepas beliau dipecat.

Program Makan Bergizi Percuma(MBG) bernilai berbilion-bilion  dolar yang  digembar-gemburkan itu merupakan manifesto  utama kempen pilihan raya Presiden Prabowo Subianto pada tahun 2024.

Prabowo memecat Dadan Hindayana, ahli entomologi yang mengetuai MBG  sejak ia ditubuhkan pada Ogos 2024, bersama dua timbalannya kelmarin.

Ketiga-tiga mereka ditahan di Jakarta semalam.

“Mereka dituduh melakukan jenayah dalam pengurusan semasa memimpin agensi ini,” kata pegawai di pejabat Peguam Negara, Syarief Sulaeman Nahdi kepada pemberita.

Jika didapati bersalah, mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Pihak berkuasa sebelum ini menyerbu pejabat agensi pemakanan serta kediaman ketiga-tiga defendan itu, jelas Syarief.

MBG  menyediakan makanan pecuma  kepada lebih 61 juta orang menjelang Mac lalu tetapi berpuluh-puluh ribu pelajar jatuh sakit sejak ia dilancarkan pada Januari 2025.

Pengkritik-pengkritik meminta skim itu digantung atas kebimbangan kebersihan dan tuduhan rasuah.

Kumpulan antirasuah Indonesia,  Corruption Watch berkata, penyingkiran ketua agensi itu ‘tidak menyelesaikan masalah’ dan menggesa MBG ditamatkan serta peruntukannya digunakan untuk tujuan nasional lain. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN