fbpx
Dr. Akmal Saleh. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

Saya mohon PMX tangkap, dakwa orang ‘sakau’ Tabung Haji – Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkap dan mendakwa individu yang dikatakan ‘menyakau’ duit Tabung Haji.

Ini kerana kata Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) telah ditubuhkan dan rakyat berhak untuk tahu siapa yang sakau

“Saya mohon kepada YAB PMX untuk tangkap dan dakwa orang yang dikatakan “sakau” duit tabung haji tersebut

“Rakyat berhak untuk tahu siapa yang sakau. RCI terhadap tabung haji telah dilakukan, maka mohon dedah dan tangkap mereka yang sakau duit tabung haji tersebut,” tulisnya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau mendakwa isu ‘sakau’ berkenaan telah lama diperkatakan.

“Tetapi sehingga hari ini tiada dakwaan telah dibuktikan kepada mana-mana individu. Kepada PMX kami berharap untuk tangkap siapa yang sakau itu,” tegasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam satu majlis di Ampangan, Negeri Sembilan semalam melahirkan rasa kesal kerana masih ada pihak tidak mengetahui perbuatan sakau yang terjadi sebelum ini.

Jelas Anwar, perbuatan sakau itu termasuklah dalam isu membabitkan Tabung Haji dan 1MDB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN