fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat landa 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Perak (Muallim), Kelantan (Jeli) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak di Selangor dan Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid) dan Kudat (Kota Marudu).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN