fbpx
Gambar yang dimuat naik oleh @Naz_daim di laman Threads.

Solat Jumaat di WTC tidak sah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Status solat Jumaat sebahagian jemaah di tingkat bawah Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) semalam menjadi tanda tanya selepas tular perkongsian isu saf terputus dan lokasi solat yang didakwa berada di luar kawasan surau Jumaat.

Perkara itu dibangkitkan seorang pengguna Threads, @Naz_daim yang mendakwa kawasan tingkat bawah bangunan itu tidak termasuk dalam ruang yang digazetkan untuk solat Jumaat.

Katanya, sebelum khutbah dan solat bermula, bilal membuat pengumuman supaya jemaah yang berada di tingkat bawah naik ke aras surau bagi mengelak berlakunya saf terputus.

“Selepas solat saya berjumpa isteri dan dimaklumkan masih ramai jemaah berada di tingkat bawah. Saya terkejut kerana sebelum itu sudah ada pengumuman dibuat mengenainya,” katanya.

Dia berkata, terdapat kemungkinan sebahagian jemaah tidak peka dengan pengumuman atau tiba lewat sehingga menyebabkan mereka kekal berada di tingkat bawah.

Malah, dia turut mendakwa telah mendapatkan pandangan gurunya sebelum membuat hantaran berkenaan dan percaya solat Jumaat bagi jemaah yang berada di tingkat bawah tidak memenuhi syarat sah solat Jumaat.

“Pada sesiapa yang solat Jumaat di WTC semalam di tingkat bawah, mohon qada balik dengan solat zuhur kerana solat semalam tidak sah kerana telah putus saf dan berada di luar kawasan yang digazetkan sebagai surau Jumaat,” dakwanya.

Tambahnya, surau Jumaat dan masjid mempunyai ketetapan yang berbeza dan hanya kawasan tertentu dibenarkan untuk pelaksanaan solat Jumaat.

Hantaran itu turut mendakwa tiada istilah solat Jumaat berbilang dan hanya dibenarkan solat Jumaat dilaksanakan dalam satu tempat.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan WTC atau pihak berkuasa agama berhubung dakwaan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN