JAKARTA – Seorang pekerja kurier di Indonesia terkejut apabila terpaksa menghantar bungkusan berupa seekor biri-biri kepada pelanggan, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan timbunan bungkusan yang diletakkan di atas sebuah motosikal.
Apa yang menarik perhatian adalah biri-biri tersebut merupakan satu-satunya barang aneh yang diterima untuk dihantar kepada pelanggan.
Ia datang tanpa sebarang kotak atau perlindungan khas seperti kandang, malah, kepala haiwan itu ditampal dengan nota penghantaran.
Rakaman itu mencatatkan lebih 972,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Bimbang esok lusa teman wanita pun boleh beli secara online,” kata seorang netizen.
“Saya mahu beli!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














