fbpx
Anggota penguat kuasa memeriksa lori yang ditahan di sebuah stesen minyak di Klang.

Gagal pindah diesel ‘haram’ stesen minyak awal pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Taktik seorang pemandu lori memindahkan diesel secara haram pada awal pagi gagal apabila ditahan pihak berkuasa di sebuah stesen minyak di daerah ini semalam.

Perbuatan lelaki berusia 45 tahun itu dibongkar penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menerusi Ops Tiris 4.0, kira-kira pukul 1 pagi.

Pengarah KPDN negeri, Muhamad Hanif Asa’ari berkata, pihaknya menahan lori bonded itu yang didapati sedang membuat pemindahan diesel di premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut kemudian menemukan satu unit skid tank berkapasiti 4,000 liter di badan lori berkenaan.

“Tangki itu didapati berisi bahan api disyaki diesel dianggarkan berjumlah 3,000 liter,” katanya hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan mendapati pemandu tempatan itu tiada dokumen sah memiliki dan membawa barang kawalan berjadual jenis bahan api diesel.

“Anggaran nilai rampasan mencecah RM53,000 dengan lori dan bahan api dibawa ke stor simpanan ekshibit bagi tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN