fbpx
Pihak berkuasa menemui 395 liter petrol yang disembunyikan di bawah timbunan tembikai baru-baru ini. - KhaoSod

Lelaki seludup petrol bawah tembikai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki warga Thailand ditahan selepas cuba menyeludup hampir 400 liter minyak petrol yang disembunyikan di bawah muatan tembikai untuk dijual ke Myanmar pada harga tinggi, lapor portal berita Thaiger. 

Tangkapan itu dibuat di pusat pemeriksaan di Sangkhlaburi, wilayah Kanchanaburi baru-baru ini. 

Pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan rutin menyedari sebuah trak pikap mencurigakan bergerak dari Thong Pha Phum menuju ke arah Three Pagodas Pass, lintasan sempadan antara Thailand dan Myanmar. 

Setelah berhenti, kenderaan tersebut dilihat membawa muatan tembikai yang bertujuan untuk dijual di Sangkhlaburi. 

Namun, bau petrol yang kuat menyebabkan pihak berkuasa menemukan 395 liter Gasohol 95 di bawah timbunan tembikai di ruang belakang trak pikap. 

Suspek berusia 56 tahun itu mengaku diupah oleh warga Myanmar untuk membeli petrol pada harga 54 baht (RM7) seliter lalu diangkut merentasi sempadan untuk dijual semula pada harga 70 baht (RM9) seliter. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN