fbpx
KEADAAN kereta Perodua Myvi dipandu Sarudin Sah yang remuk selepas melanggar seekor gajah di Jalan Felda Kahang Timur, Kluang malam tadi.

Nyaris hilang nyawa langgar gajah melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang lelaki nyaris hilang nyawa selepas kereta Perodua Myvi dipandunya melanggar seekor gajah dalam kejadian di Jalan Felda Kahang Timur di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Sarudin Sah Ngaripin, 49, bagaimanapun terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaannya remuk teruk.

Menurut sumber polis, ketika kejadian mangsa yang memandu seorang diri dipercayai dalam perjalanan dari Felda Kahang Timur menuju ke bandar Kluang sebelum seekor gajah tiba-tiba melintas jalan.
Katanya, keadaan jalan yang gelap tanpa lampu menyebabkan mangsa gagal melihat kehadiran haiwan liar tersebut lebih awal.

“Gajah itu dipercayai keluar secara tiba-tiba dari tepi jalan menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak sebelum berlaku pelanggaran.

“Akibat kejadian itu, kereta dipandu mangsa mengalami kerosakan teruk, namun mangsa tidak cedera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, gajah berkenaan dipercayai tidak mengalami kecederaan serius dan melarikan diri ke dalam hutan berhampiran sejurus selepas kejadian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN