fbpx
REMAJA berusia 19 tahun disyaki terlibat dalam dalam kemalangan maut di Kluang ditahan reman selama empat hari bermula hari ini. Foto oleh ADNAN IBRAHIM

5 maut: Pemandu Mercedes-Benz direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Pemandu kereta jenis Mercedes-Benz yang terlibat dalam kemalangan maut sehingga meragut lima nyawa termasuk empat sekeluarga di Jalan Renggam – Simpang Renggan, Isnin lalu direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh.

Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Mujib Saroji itu bagi membolehkan polis menyiasat remaja berusia 19 tahun tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, suspek yang juga adik pemandu kereta jenis BMW berusia 22 tahun yang turut maut dalam kemalangan tersebut direman selama tiga hari bermula Selasa lalu untuk siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Remaja tersebut kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tamat semalam sebelum ditahan semula dan dibawa ke Mahkamah Kluang bagi mendapatkan perintah reman pagi tadi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua beradik tersebut dipercayai memandu kereta secara melulu pada hari kejadian.

Mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan iti ialah Mohd. Aiman Mohd. Rashid, 36, Nor Azlina Abd. Latif, 33, Semek Mat Soh, 75, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10, dari Terengganu.

Turut maut ialah abang suspek yang disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN