fbpx
Mohd. Yusoff (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dadah jenis ganja yang dirampas pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Dua beranak dicekup sorok ganja dalam premis jual insurans ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Taktik licik seorang lelaki dan anaknya yang menjadikan premis menyediakan perkhidmatan insurans kenderaan ke Thailand dan syarikat kurier milik mereka sebagai lokasi untuk menyembunyikan dadah jenis ganja seberat 40 kilogram terbongkar selepas serbuan polis di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang dekat sini pada Sabtu lalu.

Dua beranak yang berusia 25 dan 45 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari dalam serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK Kelantan) di premis tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan lanjut mendapati, suspek merupakan koordinator yang menguruskan kesemua dadah yang bernilai RM120,000 itu manakala anaknya berperanan sebagai ‘runner’ yang mengambil barangan tersebut.

Menurutnya, kesemua dadah-dadah tersebut disimpan di sebuah bangsal yang jadikan tempat menjual buah-buahan di kawasan premis itu.

“Dadah tersebut dipercayai dihantar menggunakan perkhidmatan kurier yang diuruskan oleh syarikat mereka ke luar Kelantan terutamanya kawasan Pantai Barat.bSiasatan mendapati, premis tersebut berdaftar dengan tiga syarikat perkhidmatan kurier untuk mengurus penghantaran barangan sekali gus memudahkan urusan menghantar dadah-dadah tersebut.

“Premis itu terkenal kerana sering menjadi tempat persinggahan orang ramai untuk membeli insurans kenderaan Thailand sebelum masuk ke negara jiran melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kurantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu,siasatan lanjut mendapati, kesemua dadah tersebut boleh dibekalkan kepada 80,000 penagih sekiranya ia terlepas ke pasaran.

Menurutnya, selain itu, sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Proton X50, wang tunai RM160,000, wang tunai mata Thailand sebanyak 160,000 baht (RM24,800), pelbagai jenis jam tangan mewah dan barangan kemas dengan keseluruhan nilai rampasan termasuk dadah berjumlah RM909,000.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula Sabtu lalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN