fbpx
Tangkap layar video tular kejadian kebakaran di sebuah gudang syarikat kurier di Taman Mas Puchong, malam tadi.

[VIDEO] ‘Dah lama tunggu barang nak sampai, terbakar pula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah gudang syarikat kurier di Taman Mas Puchong, Puchong terbakar dalam kejadian malam tadi.

Video kebakaran tersebut tular di media sosial dikongsikan seorang pengguna Thread Adamatroye.

“Taman Mas Puchong, terbakar guys. Ya Allah, dah lah dekat dengan rumah kita. Habislah korang punya barang Pinduoduo dari China. Semoga dipermudah urusan,” katanya.

Ia sekali gus menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang bimbang barangan mereka turut terbakar.

“Dah lama menunggu (barang) nak sampai, terbakar pula,” komen seorang pengguna Thread.

“Ada baca komen katanya ni gudang baharu yang terbakar. Jadi barang-barang semua tak kena. Harapnya begitulah,” kata seorang individu.

“Kalau jadi macam ni, macam mana eh? Dapat tuntut insurans ke?,” tanya seorang lagi pengguna Thread.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh syarikat kurier yang berkenaan berhubung kejadian kebakaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN