fbpx
THT terlepas gelaran trebel, namun masih yakin mampu memenangi dua lagi piala yang dipertandingkan musim ini.

THT enggan ratapi kekecewaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASUKAN Hoki Terengganu (THT) tidak mahu terlalu lama meratapi kegagalan mempertahankan treble musim lalu apabila kini mengalihkan fokus memburu dua lagi trofi musim ini.

Ketua jurulatih skuad itu, Mohd Harfizi Baharom menegaskan pasukannya masih berada di landasan tepat untuk mencabar kejuaraan Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Piala TNB.

Menurutnya, kekalahan tipis kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam aksi Piala Sumbangsih bukan penamat, sebaliknya memberi gambaran jelas bahawa THT mampu bersaing dengan pasukan terbaik negara.

“Kalau ikutkan di atas kertas memang TNB mempunyai kualiti pemain yang terbaik dalam negara, tetapi apa yang saya nampak, kami sebenarnya mampu bersaing dan mencabar pasukan seperti mereka,” katanya.

Tambahnya, beberapa kelemahan kecil terutama aspek komunikasi dalam struktur bertahan menjadi faktor yang perlu diperbaiki segera bagi mengelakkan kesilapan sama berulang.

“Kami ada sedikit kekurangan dari segi komunikasi dalam struktur bertahan yang membolehkan mereka menguasai permainan di minit akhir hingga menjaringkan gol kemenangan,” jelasnya.

Harfizi turut mengakui anak buahnya sebenarnya mempamerkan aksi memberangsangkan apabila berjaya mendahului dua gol sebelum TNB bangkit menguasai permainan.

“Kita rasa kita pun ada membuat sedikit kejutan apabila menjaringkan dua gol awal, tetapi selepas itu mereka kembali menguasai permainan,” katanya.

Mengulas sasaran seterusnya, jurulatih itu menegaskan THT tidak mempunyai pilihan selain menang baki perlawanan bagi memastikan peluang mempertahankan dua lagi trofi kekal hidup.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN