fbpx
Antara barangan digunakan ulat foto disita DBKL. Foto DBKL

DBKL sita 11 peralatan, 6 kompaun ‘ulat foto’ sekitar KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan enam notis kompaun serta menyita 11 peralatan jurufoto dalam operasi bersepadu dikenali sebagai Op Lens di sekitar kawasan tumpuan awam KLCC, semalam.

Operasi yang dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara itu memfokuskan tindakan terhadap individu yang menjalankan perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran secara terbuka di tempat awam.

Menurut DBKL, daripada jumlah tindakan diambil, lima individu yang terlibat merupakan bukan warganegara dan kes disiasat di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.
“Sebanyak enam notis kompaun telah dikeluarkan terhadap individu yang didapati menjalankan perkhidmatan tanpa kebenaran, manakala 11 peralatan berkaitan aktiviti jurufoto turut disita dalam operasi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan awam kekal selamat dan teratur.

“Perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh menimbulkan risiko keselamatan, kacau ganggu kepada pengunjung serta menghalang kelancaran lalu lintas,” jelasnya.

Kesemua barangan yang disita telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk tujuan rekod dan dokumentasi lanjut.

Orang awam yang mempunyai sebarang aduan atau maklum balas boleh menyalurkannya melalui saluran rasmi DBKL di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN