Gambar hiasan.

DBKL pertimbang cadangan saman pejalan kaki ingkar melalui CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Cadangan penguatkuasaan saman melalui kamera litar tertutup (CCTV) terhadap pejalan kaki yang ingkar arahan papan tanda keselamatan masih dalam pertimbangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui berkata, cadangan itu antara pendekatan dipertimbangkan DBKL bagi meningkatkan tahap keselamatan pejalan kaki, khususnya bagi mengelakkan mereka melintas di kawasan yang tidak dibenarkan.

Beliau berkata, data Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur menunjukkan kadar kemalangan maut melibatkan pejalan kaki di ibu negara pada 2022 adalah 29 kes, 2023 (21), 2024 (23) dan 2025 (20).

“Tiga kawasan utama yang sering berlaku kemalangan pejalan kaki adalah lintasan pejalan kaki di Jalan Tun Perak, Masjid Jamek, Jalan Sultan Ismail serta Seri Petaling dan ia berlaku di waktu malam. Punca utama kemalangan melibatkan pejalan kaki adalah disebabkan pengguna melintas tidak menggunakan fasiliti disediakan dan had laju kenderaan yang tinggi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai jumlah kemalangan melibatkan pejalan kaki di Kuala Lumpur bagi tempoh 2023 hingga 2026 termasuk jumlah kematian dan kecederaan serius serta berapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi dan akan dinaik taraf pada 2027.

Su Fui berkata, DBKL melaksanakan beberapa langkah termasuk menambah peralatan keselamatan untuk mengurangkan had laju kenderaan kepada 30 kilometer (km) sejam, lintasan pejalan kaki dan memasang halangan bagi mengelakkan pejalan kaki melintas di kawasan tidak dibenarkan.

“DBKL juga dalam perancangan untuk membina lebih 22 km laluan pejalan kaki berbumbung di sekitar Kuala Lumpur yang akan dilaksanakan seawal Disember 2026 bagi menyediakan kemudahan pejalan kaki yang lebih selamat dan kondusif,” katanya.

Mengenai kesalahan trafik, Su Fui berkata, DBKL telah mengeluarkan 295,211 notis kompaun sepanjang 2026 sehingga kini, selain 2,566 notis kompaun bagi kesalahan am.

Beliau berkata, sebanyak 2,655 kenderaan turut ditunda kerana melakukan kesalahan lalu lintas dan menyebabkan halangan, manakala 1,404 kenderaan buruk serta tersadai telah diangkut atau ditunda.

Katanya, DBKL sentiasa mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi rondaan berkala, operasi khas dan operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN