fbpx
PEKERJA penyelamat berada berhampiran sebuah bangunan yang menjadi sasaran serangan udara Israel di Beirut semalam. – AFP

Amerika umum jadi tuan rumah rundingan Israel-Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Israel dan Lubnan akan berunding di Washington minggu depan, kata seorang pegawai Jabatan Negara semalam, ketika masyarakat antarabangsa semakin bimbang  kempen pengeboman Israel boleh memusnahkan gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)-Iran yang rapuh.

Serangan paling sengit Israel ke atas Lubnan sejak Hezbollah menyertai perang  Asia Barat  awal Mac lalu mengorbankan beratus-ratus orang kelmarin dan menggugat gencatan senjata antara Washington dan Tehran,  kurang 48 jam selepas berkuat kuasa.

“Kami boleh mengesahkan bahawa Jabatan Negara akan menjadi tuan rumah rundingan pada  minggu hadapan untuk membincangkan gencatan senjata berterusan antara Israel dan Lubnan,” kata seorang pegawai AS.

Bagaimanapun, pegawai kerajaan Lubnan memberitahu AFP bahawa Beirut menuntut gencatan senjata dilaksanakan sebelum mengadakan sebarang rundingan dengan Israel.

Tel Aviv dan Beirut  juga tidak mengesahkan secara terbuka sama ada akan menghadiri rundingan di  AS pada minggu depan.

Sementara itu, kumpulan Hezbollah mengesahkan terlibat dalam pertempuran jarak dekat menentang tentera Israel di selatan Lubnan semalam, sehari selepas Beirut berkata, gelombang serangan Israel membunuh sekurang-kurangnya 303 orang dan mencederakan 1,150 yang lain.

Terdahulu, duta Tehran ke Pakistan telah memadamkan hantaran media sosial mengatakan  delegasi Iran akan tiba di Islamabad semalam.

Seorang pegawai kedutaan Iran di Islamabad memberitahu AFP bahawa kenyataan itu ditarik balik ‘kerana beberapa isu’. Beliau juga enggan mengesahkan sama ada delegasi Iran akan  hadir bagi rundingan esok bersama delegasi AS yang  diketuai oleh Naib Presiden JD Vance. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN