KAMPALA – Komander tentera Uganda, Muhoozi Kainerugaba menyatakan bahawa tentera negaranya boleh menawan ibu negara Iran, Tehran dalam masa dua minggu sahaja, lapor sebuah akhbar semalam.
Beliau memberitahu perkara itu dalam satu kenyataan di laman X.
Menurutnya, operasi tersebut tidak akan mengambil masa lebih lama daripada 14 hari dan memerlukan cuma satu briged tentera.
Sebelum ini pada 26 Mac lepas, Kainerugaba mengumumkan kesediaan Uganda menyertai perang melawan Iran.
Katanya, Uganda tidak berminat untuk memanjangkan konflik di Asia Barat tetapi jika senario negatif berlaku, Kampala bersedia membantu Israel.
Beliau juga menyatakan, kecaman supaya Israel hancur tidak boleh diterima di Uganda dan akan membawa kepada sokongan kepada Tel Aviv.
Uganda ialah sebuah negara kecil dan miskin serta tidak mempunyai pantai.
Ia menjadi popular semasa di bawah pemerintahan diktator Idi Amin.
Amin pernah mengisytiharkan dirinya sebagai raja mergastua dan ikan di dalam laut. – AGENSI














