fbpx
Mohd. Jafni (kiri) ketika meninjau pelaksanaan hukuman PKM di Kampung Senibong, Plentong hari ini.

1,500 CCTV jadi ‘mata’ kesan pelaku buang sampah di JB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Sebanyak 1,500 Smart CCTV (televisyen litar tertutup) akan menjadi ‘mata’ bagi mengesan individu yang melakukan kesalahan membuang sampah kecil di kawasan Greater Johor Bahru (JB).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md Shukor berkata, ia membabitkan kawasan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu).

Katanya, penggunaan kesemua Smart CCTV itu akan dioptimumkan bagi memastikan kawasan bandar Johor sentiasa terpelihara dan tidak dicemari sampah sarap.

“Kita akan membantu SWCorp memperkasakan pemantauan kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam khususnya di kawasan tumpuan pelancong. Rakaman kamera litar tertutup boleh dijadikan bukti mendakwa individu membuang sampah merata-rata ke mahkamah,”katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan hukuman PKM di Kampung Senibong, Plentong, di sini hari ini. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN