fbpx
Aliran trafik bergerak perlahan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Musang hari ini. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

Aliran trafik keluar Kelantan sibuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Aliran trafik di laluan utama menuju ke bandar ini bergerak perlahan berikutan orang ramai mula pulang ke kediaman masing-masing menjelang sesi persekolahan yang akan bermula selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Tinjauan Kosmo!, mendapati peningkatan jumlah kenderaan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang dan Gua Musang ke Kuala Lipis.

Seorang pengguna, Mohd. Azari Hassan, 42, berkata, dia mengambil keputusan bertolak pagi tadi bagi mengelakkan kesesakan lebih teruk, namun tetap berdepan trafik perlahan setibanya di Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kenderaan dilihat semakin bertambah menuju keluar Kelantan sejak semalam, tetapi aliran trafik masih lagi lancar.

“Pihak berkuasa menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan, mematuhi peraturan lalu lintas serta sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Aliran trafik dijangka terus meningkat sehingga esok apabila orang ramai pulang ke bandar selepas menghabiskan cuti perayaan di kampung halaman,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN