JAKARTA – Sepasang kekasih di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial selepas membuat panggilan video selama 118 jam tanpa henti, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @updatesulselbar menunjukkan pasangan itu berbual menerusi panggilan video.
Wanita itu kemudian menunjukkan masa panggilan video tersebut iaitu 118 jam dan 50 minit.
Rakaman itu menjadi tular dan sebilangan pengguna media sosial melabelkan mereka sebagai penganggur.
“Itu hampir lima hari! Telefonnya memerlukan bantuan,” kata seorang netizen.
“Mereka memang menganggur,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














