fbpx
Gambar hiasan.

Maut dalam kenderaan, lelaki disyaki kena serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditemui maut di dalam sebuah kenderaan di kawasan Seksyen 14, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, mangsa berusia lingkungan 50-an yang bekerja sebagai pemandu syarikat swasta dipercayai sedang memandu sebelum kejadian berlaku.

“Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota berwarna hitam.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disyaki akibat serangan jantung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN