fbpx
TANGKAP layar video tular memaparkan seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah dan meminta pertolongan di Desa Pengkalan Timah, Lahat dekat Ipoh baru-baru ini.

Pemandu lori cederakan isteri didakwa di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pemandu lori yang dipercayai mencederakan isterinya sehingga berlumuran darah, seperti tular dalam sebuah video baru-baru ini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pertuduhan terhadap lelaki berusia 31 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Katanya, lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan.

“Suspek telah dituduh di mahkamah semalam dan diberi jaminan RM3,000 oleh majistret,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Muhammad Najib berkata, lelaki itu ditahan pada Selasa lalu susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita berusia 41 tahun pada hari sama kira-kira pukul 10.50 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada pertengkaran mulut antara mangsa dan suaminya yang berada dalam keadaan mabuk.

“Pihak polis mengesan satu hantaran tular di Threads yang dimuat naik pemilik akaun ‘Haikal (@Kaltrwh’, memaparkan seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah sedang meminta pertolongan di Desa Pengkalan Timah, Lahat.

“Berdasarkan siasatan, laporan polis telah pun dibuat mangsa kelmarin (Selasa) dan tangkapan ke atas suaminya juga dibuat pada hari sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN