fbpx
Tangkap layar hantaran video pengguna @dhirar_raihan di Threads mengenai baju kurtanya tersangkut di kabel elektrik semalam.

Alahai kurta siapa, nasib baik tak panggil bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persiapan menyambut Aidilfitri seorang lelaki bertukar menjadi lucu apabila baju kurta miliknya ditemui tersangkut pada kabel elektrik di sebuah kawasan perumahan semalam.

Menerusi hantaran pengguna oleh @dhirar_raihan, dia memaparkan baju berwarna gelap itu seolah-olah sedang ‘dijemur’ di tempat yang tinggi.

“Alahai kurta, mujurlah kau turun sendiri. Nasib baik tak panggil abang bomba.

“Ampaian dengan kabel pun memang dekat sahaja, kabel sudah melendut ke bawah dan masa itu pula angin kuat,” katanya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan insiden tersebut dan sempat berseloroh mengenai teknik pengeringan baju yang luar biasa itu.

Seorang pengguna Apizzzzzz._ berkata, dia memahami keperluan untuk menggosok baju raya supaya nampak kemas, namun cara yang dipaparkan itu agak melampau.

“Tahu nak seterika guna elektrik, tapi jangan seterika daripada sumber dia terus,” selorohnya.

“Tinggi sangat sangkut tu, baju pun gayat. Nasib baik sempat berpaut sebelum jatuh,” kata pengguna lain pula.

Dalam pada itu, pengguna Nasirose pula berpendapat bahawa pemilik hantaran tersebut mahu baju kurta itu supaya cepat kering.

Meskipun kejadian itu mencuit hati, orang ramai turut menasihatkan agar pemilik baju tidak terburu-buru menyarung baju tersebut kerana bimbang kesan arus elektrik yang mungkin masih tersisa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI