fbpx
KEADAAN motosikal mangsa selepas terlibat dalam nahas di Jalan Padang Kemunting, Masjid Tanah, Melaka, awal pagi tadi. Foto PDRM

Anggota tentera maut, tangan putus nahas ketika memotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Seorang anggota tentera maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan motosikal lain dan sebuah kereta ketika cuba memotong di Jalan Padang Kemunting, Masjid Tanah, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Muhammad Zaki Ramat berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dalam perjalanan dari arah Sungai Udang menghala ke Pengkalan Balak.

Katanya, setiba di lokasi mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah motosikal SYM VF3i serta sebuah Proton Saga.

“Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepada dan tangan kanannya terputus, manakala penunggang SYM berusia 18 tahun mengalami kecederaan patah di kaki kanan dan tangan kanan.

“Pemandu Proton Saga iaitu seorang wanita berusia 29 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN