fbpx
Abdul Hafiz Imran (dua dari kiri) dan Ahmad Arif Tajudin (tiga dari kiri) yang diselamatkan APMM di perairan Kemaman hari ini.

Hanyut 11 jam akibat bot rosak, dua pemancing ‘berbuka puasa’ tengah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Keterujaan dua lelaki keluar memancing di laut semalam bertukar cemas apabila bot mereka naiki tiba-tiba mengalami kerosakan enjin sehingga menyebabkan mereka hanyut selama 11 jam di perairan Kemaman dekat sini.

Dua pemancing tersebut iaitu Abdul Hafiz Imran Abd Latif,39, dan Ahmad Arif Tajudin Rosli, 29, yang berasal dari Paka, Dungun itu akhirnya berjaua diselamatkan Maritim Malaysia (APMM) pada pukul 3 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa telah keluar ke laut untuk memancing namun bot mereka tiba-tiba mengalami kerosakan kipas enjin pada pukul 4 petang semalam.

“Pada mulanya, mereka cemas tidak menghubungi sesiapa untuk memohon bantuan ekoran ketiadaan liputan telekomunikasi di kawasan tersebut.

“Liputan telekomunikasi hanya kembali diperoleh pada pukul 9 malam bagi membolehkan mangsa menghubungi keluarga mereka untuk memohon bantuan,” katanya di sini hari ini.

“Operasi mencari dan menyelamat terus digerakkan sebelum bot dinaiki kedua-dua mangsa berjaya ditemui pada pukul 3 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI