fbpx
Gambar hiasan.

Emas RM225,530 didakwa palsu, 4 laporan polis dibuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menerima empat laporan berhubung kes pajakan emas di sebuah premis pajakan emas Ar-Rahnu di Sungai Besi di sini selepas timbul dakwaan melibatkan emas palsu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, dua laporan dibuat pada 10 Mac lalu oleh dua lelaki tempatan iaitu pembeli surat pajakan dan pemilik emas.

Menurutnya, dua lagi laporan dibuat oleh pengurus premis Ar-Rahnu berkenaan pada 11 dan 13 Mac lalu.

“Siasatan mendapati pengadu telah menggadaikan sebanyak 19 keping jongkong emas (gold bar) bernilai kira-kira RM225,530 antara 28 Julai hingga 3 September 2025.

“Pada 10 Mac lalu, pengadu mendakwa emas yang ditebus adalah palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak Ar-Rahnu bagaimanapun telah membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan tersebut.

Katanya, laporan utama kes itu telah dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM) memandangkan aspek pelesenan serta penyelarasan operasi Ar-Rahnu berada di bawah kawal selia bank pusat berkenaan.

“Manakala laporan-laporan lain turut dirujuk bersama bagi siasatan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI