fbpx
Azli.

Nahas pelantar minyak: Polis jalankan siasatan terperinci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung insiden kemalangan di Platform Sepat yang dikendali Petronas Carigali Sdn. Bhd. semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, insiden yang berlaku kira-kira 150 kilometer dari perairan Kuala Terengganu itu mengorbankan tiga pekerja luar pesisir manakala seorang lagi mangsa cedera parah dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

“Setakat ini, kes disiasat sebagai kematian mengejut. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Sepasukan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu telah dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan terperinci,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSNZ hari ini.

Azli tidak menolak kemungkinan kes ini akan diklasifikasikan semula sekiranya sebarang unsur jenayah ditemui.

Dalam pada itu, mangsa yang maut ialah Ahmad Fiqri Zakaria, 38; Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28; dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38.

Seorang lagi mangsa, Mohd. Taufik Mohd. Ruslan, 37, pula cedera parah akibat patah tulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN