fbpx
Gambar hiasan

Guru Setiu didakwa ‘grooming’ murid disiasat Unit Integriti KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan seorang guru sekolah di Setiu kini dalam siasatan Unit Integriti Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung dakwaan salah laku seksual.

JPNT dalam kenyataannya berkata, guru lelaki terbabit buat masa ini ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah sementara proses siasatan dijalankan.

“JPNT tidak berkompromi dengan sebarang salah laku seksual di institusi pendidikan di bawah kelolaan kami.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah,” katanya di sini hari ini.

JPNT juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sebarang kes salah laku seksual agar menyalurkannya bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di laman Facebook berhubung dakwaan salah laku membabitkan seorang guru di sebuah sekolah rendah di Setiu yang didakwa cuba melakukan amang seksual atau ‘grooming’ terhadap murid bawah umur.

Guru terbabit didakwa pernah berkahwin dengan seorang murid perempuan berusia 13 tahun selepas mendapat kebenaran mahkamah selain cuba mendekati seorang lagi murid Tahun Enam pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN