WASHINGTON – Presiden Donald Trump semalam berjanji untuk ‘mengambil’ Cuba ketika negara pulau komunis itu dibelenggu gangguan bekalan elektrik meluas yang dikaitkan dengan sekatan minyak Washington.
Setelah hampir tujuh dekad menentang Amerika Syarikat (AS), Havana berada di bawah tekanan hebat daripada pentadbiran Trump yang bertekad untuk mencipta sejarah.
“Anda tahu, sepanjang hidup ini, saya telah mendengar tentang Amerika Syarikat dan Cuba. Bilakah Amerika Syarikat akan melakukannya?
“Saya benar-benar percaya saya akan mendapat penghormatan untuk mengambil Cuba.Sama ada saya membebaskannya atau mengambilnya, saya boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu dengannya. Mereka adalah negara yang sangat lemah sekarang,” Trump memberitahu wartawan di White House.
Kenyataan itu adalah ancaman Trump yang paling jelas dan berlaku ketika pulau mempunyai 9.6 juta penduduk itu bergelut gangguan bekalan elektrik yang melumpuhkan.
Dalam usaha untuk mengurangkan tekanan ekonomi dan memenuhi tuntutan AS, seorang pegawai kanan ekonomi Cuba mengumumkan bahawa rakyat Cuba yang hidup dalam buangan boleh melabur dan memiliki perniagaan di pulau itu.
Akhbar The New York Times pula melaporkan semalam bahawa pentadbiran Trump memberi isyarat bahawa AS mahu Presiden Cuna, Miguel Diaz-Canel disingkirkan daripada kuasa. – AFP














