fbpx
Lokasi kejadian seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri hilang selepas terjatuh longkang di Kondominium Sri Hijau, Bandar Mahkota Cheras hari ini.

Lagi budak jatuh longkang dibawa arus deras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikhuatiri hilang selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras semasa mengambil bola dalam kejadian di Kondominium Sri Hijau, Bandar Mahkota Cheras di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.08 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikejarkan ke lokasi.

“Komander operasi melaporkan terdapat seorang kanak-kanak perempuan disyaki terjatuh ke dalam longkang semasa mengambil bola.

“Semasa kejadian, arus longkang dilaporkan deras dan mangsa dipercayai telah dihanyutkan air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan di lokasi kejadian dengan kekuatan tujuh anggota bersama sebuah jentera FRT.

Katanya, Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor turut digerakkan bagi membantu operasi pencarian mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN