fbpx
Robot humanoid itu ditahan selepas didakwa ‘mengganggu’ seorang warga emas di bandar Macau pada minggu lalu. - X

Robot ganggu wanita ‘diberkas’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Sebuah robot humanoid ‘diberkas’ selepas didakwa mengganggu seorang wanita warga emas di tepi jalan di China, lapor akhbar New York Post. 

Kejadian itu melibatkan robot humanoid milik syarikat Unitree digelar G1, yang dijual pada harga AS$13,500 (RM53,173) di bandar Macau minggu lalu. 

Rakaman video yang dikongsi di platform X oleh akaun @CyberRobooo menunjukkan robot tersebut mengangkat kedua-dua tangannya ketika dimarahi seorang wanita berusia 70 tahun sebelum ia ‘diberkas’ oleh beberapa pegawai polis. 

Tiada sentuhan fizikal antara mangsa dan robot berkenaan, demikian menurut akhbar The Macau Post. 

Mangsa dibawa ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan. 

G1 tersebut dimiliki sebuah pusat pendidikan dan dilaporkan sedang menjalankan aktiviti promosi di kawasan tersebut.

Ia dikendalikan dari jauh oleh seorang lelaki berusia 50 tahun, yang kemudian memberitahu polis bahawa dia sedang menguji robot itu untuk meningkatkan lagi operasinya.

Lelaki terbabit diberi amaran oleh pihak berkuasa untuk lebih berhati-hati agar tidak membahayakan atau menakutkan pejalan kaki. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN