fbpx
Anwar.

PM arah sesi libat urus bersama industri susulan konflik Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian supaya melakukan sesi libat urus bersama industri di bawah kementerian masing-masing susulan pergolakan di Asia Barat.

Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan itu dimaklumkan Perdana Menteri pada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri, di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, setiap menteri diarahkan mendapatkan maklum balas, pandangan, dapatan dan yang mungkin dirasai oleh industri tersebut akibat daripada pergolakan dan konflik berkenaan.

“Hasil daripada sesi-sesi libat urus itu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Selasa ini.

“Wakil-wakil industri juga akan dijemput melakukan pembentangan bagi pihak industri masing-masing pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI