fbpx
Gambar yang dikongsi Anwar dalam pertemuan bersama sahabat lamanya, Sasakawa di Jepun hari ini. -Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Anwar bincang isu serantau, global bersama Yohei Sasakawa di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri memulakan hari pertama lawatan rasminya ke Jepun dengan mengadakan pertemuan bersama sahabat lamanya yang juga Pengerusi The Nippon Foundation dan Yayasan Keamanan Sasakawa, Yohei Sasakawa.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu memberi peluang kepada kedua-dua pihak mengimbau sejarah panjang kerjasama yang terjalin sejak sekian lama termasuk menerusi Forum 2000 yang diasaskan oleh Václav Havel.

Katanya, forum tersebut menghimpunkan pemimpin, cendekiawan dan pemikir dunia untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan demokrasi, hak asasi manusia, keamanan serta masa depan peradaban sejagat.

“Pertemuan ini turut mengimbau usaha memperkasa generasi muda Asia Tenggara menerusi pelbagai program pembangunan kepimpinan yang berpaksikan gagasan Asian Renaissance bagi melahirkan pemimpin yang berakar pada nilai, budaya dan kemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Dalam pertemuan itu, Anwar turut merakamkan penghargaan atas sumbangan besar Sasakawa terhadap pelbagai usaha kemanusiaan di seluruh dunia sejak sekian lama.

Beliau berkata, kedua-dua mereka juga bertukar pandangan mengenai perkembangan krisis antarabangsa yang semakin meruncing termasuk situasi di Myanmar, konflik melibatkan Israel dan Iran serta tragedi kemanusiaan berterusan di Palestin.

Menurut beliau, usaha mewujudkan keamanan perlu terus didukung oleh pemimpin dunia dan masyarakat antarabangsa.

“Keamanan yang berkekalan hanya dapat dicapai melalui dialog, persefahaman dan komitmen bersama untuk menegakkan keadilan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN