fbpx
EDISI tahun ini bakal melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menarik 50,000 penyertaan melibatkan peserta dari 55 buah negara. - SCORE MARATHON

50,000 peserta bakal hangatkan maraton di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kejohanan SCORE Marathon 2026 melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menarik penyertaan 50,000 peserta menjelang saingan yang akan berlangsung di Putrajaya pada 18 dan 19 Julai depan.

Buat pertama kalinya kejohanan itu akan berlangsung selama dua hari dengan mempertaruhkan beberapa jarak larian seperti 42 kilometer (km), 21km, 10km serta 5km dan ia mungkin dimasukkan dalam Malaysia Book of Records.

Sepert biasa, kejohanan maraton anjuran SCORE dan AIA itu bukan sahaja menarik penyertaan peserta tempatan, malah pelari-pelari dari luar negara turut berminat dan ia melibatkan 55 buah negara.

Ketua Pegawai Eksekutif SCORE Sports Management, Patricia Tan berkata, penyertaan seramai 50,000 peserta bagi edisi kali ini membuktikan acara larian itu sudah mula mendapat tempat selepas pertama kali dianjurkan pada 2014.

“Kami bermula pada 2014 sebagai acara larian komuniti sahaja dan sekarang ia sudah berkembang menjadi salah satu acara larian terbesar di Malaysia. Penyertaan seramai 50,000 peserta merupakan satu kejayaan besar untuk kami.

SUASANA sekitar saingan yang berlangsung tahun lalu. – SCORE MARATHON

“Apa yang penting adalah kami mahu acara maraton ini menjadi platform di mana peserta baharu dan berpengalaman mencabar diri masing-masing. Menerusi kategori Cabaran Berganda dan Prestasi Tinggi, ia mampu menjadikan acara ini kompetitif,” katanya.

Bagi kategori Cabaran Berganda, peserta boleh memilih salah satu daripada empat kombinasi seperti 10km+42km, 5km+42km, 10km+21km atau 5km+21km manakala Prestasi Tinggi merangkumi 42km, 21km dan 10km.

Tambah menarik, kejohanan maraton itu turut menjadi pentas kelayakan untuk peserta-peserta melayakkan diri ke Kejohanan Maraton Dunia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia, Heng Zee Wang menyuarakan rasa teruja untuk terus menjadi sebahagian daripada acara tersebut selain berharap ia mampu memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kami sangat gembira untuk menjadi penaja acara ini buat tahun kelima berturut-turut, lebih-lebih lagi dengan kejayaan menarik 50,000 peserta. Kami teruja untuk terus membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih sihat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN