fbpx
PRIYANKA Chopra baru mendedahkan punca sebenar dia meninggalkan Bollywood adalah disebabkan tawaran watak yang sangat terhad untuk pelakon wanita di negara sendiri.

Priyanka rupa-rupanya merajuk tinggalkan Bollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS lebih 10 tahun mengembangkan kerjaya lakonan di Hollywood, Priyanka Chopra mendedahkan alasan utama penghijrahannya meninggalkan industri perfileman Bollywood.

Dalam satu wawancara di India, Priyanka mendedahkan punca utama penghijrahan adalah disebabkan watak yang terhad di Bollywood.

“Sejujurnya saya tidak pernah berniat meninggalkan industri Bollywood. Namun, kerana beberapa limitasi dalam industri ini memaksa saya untuk berhijrah. Saya mahu kembangkan lagi bakat yang saya ada,” katanya.

Sebelum ini Priyanka dikatakan berhijrah ke Hollywood gara-gara menjalin hubungan terlarang dengan Shah Rukh Khan sehingga diboikot penggiat industri atas desakan isteri aktor itu, Gauri Khan.

Karier Priyanka di Hollywood bermula dengan baik apabila drama lakonannya Quantico mendapat sambutan hangat sehingga melayakkannya memenangi anugerah People’s Choice Award.

Di Hollywood juga dia berkenalan dengan Nick Jonas ketika menghadiri acara Met Gala dan akhirnya mereka berkahwin pada 2018. Tahun ini Priyanka kembali ke India dan bakal muncul dengan filem Varanasi yang akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN