fbpx
Mohd. Jumadi ketika ditemui bomba di Empangan Sultan Azlan Shah, Tambun awal pagi tadi. - Foto IHSAN JBPM PERAK

Pemuda hilang, seorang lagi diselamatkan di Empangan Sultan Azlan Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki dilaporkan hilang dikhuatiri lemas, manakala seorang lagi diselamatkan pihak bomba dalam kejadian di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Tambun di sini tengah malam tadi.

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.14 pagi.

Kejadian melibatkan seorang lelaki yang dipercayai lemas, manakala seorang lagi berada di permukaan air selepas dimaklumkan pihak empangan menerusi pemeriksaan terhadap rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Kerja-kerja penyelamatan dilakukan dengan menggunakan boya yang dibaling kepada mangsa. Mangsa seterusnya dibawa naik ke pelantar pada ketinggian sembilan meter menggunakan tali,” katanya.

Mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Ridzuan Zulkarnain, 32, manakala mangsa yang selamat ialah Mohd. Jumadi Abd. Aziz, 34.

Kerja-kerja mencari mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan. Sebuah pusat kawalan bomba didirikan di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN