fbpx
Gambar hiasan

Pegawai bawa bahan terlarang punca 47 klien Puspen positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan terdapat
pelanggaran arahan berhubung larangan membawa masuk bahan terlarang ke dalam Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) yang dilakukan oleh pegawai sewaktu bertugas.

Menurut EAIC, ia susulan hasil siasatan ke atas aduan terhadap Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengenai 47 klien Puspen, Serdang yang disyaki positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, siasatan dijalankan selaras dengan subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

“EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib AADK dengan syor hukuman tatatertib terhadap pegawai terlibat di bawah Peraturan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993],” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, EAIC mengesyorkan langkah penambahbaikan merangkumi pindaan terhadap Perintah Tetap Ketua Pengarah dan latihan diberikan kepada pegawai penyiasat.

“Selain itu, pindaan terhadap Sasaran Kerja Utama agar ‘flushing’ dilakukan dengan lebih kerap bagi mengelakkan kejadian berulang.

“Mewujdukan kawal selia yang lebih ketat bagi memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke Puspen,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI