fbpx
Azhan ketika sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

Askar mabuk langgar pempengaruh Bangladesh dalam proses pemberhentian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Pegawai tentera yang dituduh membunuh dan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian serta kecederaan dalam kemalangan di ibu negara bulan lalu kini berdepan proses pemberhentian Tauliah Jangka Pendek (TJP).

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman berkata, selain itu, tindakan dalam proses untuk pemberhentian juga turut dikenakan ke atas koperal membabitkan kes di Bentong, Pahang bulan March lalu.

“Kedua-duanya merupakan antara lebih 10 pegawai serta anggota yang telah diambil tindakan tegas dalam pasukan, sama ada membabitkan proses pemberhentian mahupun tindakan tatatertib.

“Setiap tindakan diambil, cuma kita tidaklah menguar-nguarkan apakah tindakan yang diambil. Kalau kita lihat sebelum-sebelum ini, mereka yang pelaku itu telah pun dikenakan tindakan, tapi kita tidaklah memaklumkan tindakan tersebut demi menjaga kerahsiaan ataupun keselamatan dari segi sudut ATM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena sidang media Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai langkah tegas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menubuhkan Task Force (TF) Anti Buli ATM sebagai langkah membenteras gejala berkenaan, Azhan menegaskan pihaknya sangat menyokong pendekatan holistik berkenaan membabitkan ketiga-tiga perkhidmatan.

Malah menurutnya, TDM telah melaksanakan pelan tindakan bagi menangani masalah dera atau buli berkenaan membabitkan strategi jangka pendek dan panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN