fbpx
Mahadi

Syarikat diasaskan suami Heliza didakwa berniaga sekuriti tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Syarikat yang diasaskan usahawan Datuk Mahadi Badrul Zaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti tanpa lesen sah.

Bagaimanapun Mahadi, 43, yang mewakili syarikat AUF MBZ Consortium PLT selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengikut pertuduhan AUF MBZ Consortium PLT didakwa telah menjalankan urusan dalam aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti sedangkan syarikat itu bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan juga bukan berdaftar bagi aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti.

Kesalahan itu didakwa di Subang Jaya masing-masing antara 14 Jun 2021 dan 9 Ogos 2023 serta 3 September 2021 dan 15 Februari 2024 yang didakwa mengikut subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) dibaca bersama subseksyen 367(1) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah subseksyen 58(4) Akta yang sama.

Justeru hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti (SC), K.Mageswary berkata pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana pertuduhan dibuat terhadap syarikat dan bukannya individu.

Pada masa sama beliau memohon dua tuduhan hari ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen sebelum ini untuk dibicarakan bersama dengan kes membabitkan Mahadi.

Mendengar perkara itu, peguam Datuk Mohd. Zamri Mohd. Idrus yang mewakili syarikat tidak membantah terhadap permohonan berkenaan.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Izralizam kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan sebutan semula kes pada 10 April ini.

Isnin lalu, Mahadi didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berniaga dalam sekuriti tanpa lesen sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI