fbpx
Keadaan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa selepas hilang kawalan lalu terbabas di jalan Kuala Pilah - Tampin berdekatan simpang kolej matrikulasi, di sini, awal pagi tadi. -IHSAN POLIS

Lelaki maut Ford Ranger terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Kuala Pilah-Tampin berdekatan simpang Kolej Matrikulasi, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian pukul 1 pagi itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Pilah menghala ke Taman Bahagia Delima.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan. Akibatnya, pemandu berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI